Tarikh  : 4 Disember 2021 (Sabtu)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran tentang kempen kitar semula peranti dan sikap kebertanggungjawaban dalam menjaga alam sekitar serta untuk mendedahkan asas kemahiran keusahawanan dan seni kreatif dalam menjalankan promosi produk dan perniagaan menggunakan aplikasi atas talian

 

Aktiviti :

Petugas membuat perkongsian berkenaan advokasi SKMM di pautan https://www.youtube.com/watch?v=K62ANavtpwc . Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk media dan syarikat telekomunikasi, bagi mempromosi program e-sisa mudah alih ini. Kempen ini sangat memberi impak dalam melestarikan kesejahteraan alam sekitar di samping memberi kesedaran kepada komuniti supaya mengitar semula peranti/ peralatan komunikasi/ elektronik ke saluran/ pusat pengumpulan yang terpilih. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan Weebly.com iaitu pembangun laman sesawang yang mudah digunakan dan ianya pilihan yang terbaik bagi pemula untuk membuat tapak web produk perniagaan. Saluran video di laman https://www.youtube.com/watch?v=a5M5QEkeYIY merangkumi tutorial yang mudah peserta ikuti. Antara pembelajaran yang diterangkan dalam video ini adalah cara menetapkan tema, mengubah stail dan jenis tulisan, menambah seksyen muka surat menggunakan template yang sedia ada dan lain-lain lagi. Informasi pembikinan website yang dipaparkan dalam video ini membantu peserta untuk memanfaatkan penggunaan teknologi atas talian dalam membangunkan website perniagaan sendiri di samping menjimatkan kos upah website builder.

 

Gambar disini