Tarikh  : 8 Disember 2021 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pendidikan dan informasi kepada peserta tentang permasalahan amalan terlebih kongsi yang berlaku kini serta untuk melatih peserta menggunakan kaedah sedia ada dan jimat seperti Microsoft Office dalam membuat persembahan produk kepada pelanggan

 

Aktiviti :

Pautan https://www.youtube.com/watch?v=s4KLKvbJnS8 yang dikongsikan oleh petugas adalah berkenaan kempen advokasi SKMM iaitu Klik Dengan Bijak dengan memfokuskan pada permasalahan terlebih kongsi/ ‘oversharing’. Peserta diberi pendedahan dalam membudayakan amalan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Seterusnya, peserta diajar tentang bagaimana membuat mod persembahan berinspirasikan Netflix dengan hanya menggunakan Microsoft Power Point sahaja. Laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=wsJnyTSvHWQ memberi idea kepada peserta untuk mempromosikan produk perniagaan dalam kaedah yang sangat kreatif, menarik dan murah. Dalam video ini, tutorial yang dipaparkan adalah kaedah-kaedah menggunakan tools sedia ada format background dan picture, font dan text serta lain-lain lagi. Peserta mudah memahami video ini kerana telah biasa menggunakan Microsoft Office untuk membuat slaid.

Gambar disini