Tarikh  : 14 Disember 2021 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik komuniti supaya memeriksa label MCMC terlebih dahulu sebelum membuat pembelian atau menggunakan sebarang peranti komunikasi serta mendedahkan peserta akan penggunaan aplikasi secara atas talian bagi tujuan promosi perniagaan.

 

Aktiviti:

Kandungan video yang dikongsikan dalam pautan https://www.youtube.com/watch?v=3TFUfjWkujU adalah salah satu inisiatif MCMC dalam memberi pendidikan kepada pengguna akan kepentingan untuk menyemak label MCMC terlebih dahulu. Dalam video ini, peserta dapat memahami bahawa label MCMC adalah suatu perakuan yang menunjukkan bahawa peralatan komunikasi yang dibeli adalah selamat digunakan serta tulen dan boleh mengelakkan gangguan terhadap perkhidmatan yang diterima. Seterusnya, petugas membuat perkongsian ringkas cara menggunakan aplikasi Picsart untuk membuat stiker. Melalui saluran Youtube Zemozu di pautan https://www.youtube.com/watch?v=lZ210eUERGo , peserta diberi pendedahan tentang cara penggunaan aplikasi dan boleh dimuat turun secara percuma di Google Play. Peserta hanya pilih gambar yang menarik, menggunakan cutout button untuk character tracing dan simpan gambar tersebut sebagai stiker. Stiker boleh digunakan secara mudah dan meluas dalam media sosial dan percetakan bagi pembungkusan produk. Penggunaan gambar produk sebagai stiker adalah salah satu taktik pemasaran berkesan untuk menarik minat pelanggan ke bisnes anda.

 

Gambar disini