Tarikh  : 23 Disember 2021 (Selasa)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik komuniti supaya bertanggungjawab dan bijak dalam membuat sebarang perkongsian berita yang sahih di media sosial serta untuk membuka peluang kepada peserta membina kemahiran keusahawanan dengan membuat sendiri laman e-dagang berdasarkan pelbagai panduan yang telah disediakan

 

Aktiviti :

Video Kenalli Sebenarnya.my di pautan https://www.youtube.com/watch?v=FsnLhK7_pPg adalah salah satu pendekatan atau kaedah yang dikongsikan oleh petugas bagi memberi kesedaran kepada komuniti supaya sentiasa berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu di portal yang disediakan oleh MCMC tersebut dalam melakukan penyebaran isu-isu atau video tular di laman media sosial. Setiap dakwaan yang tidak benar atau palsu telah diberi penjelasan dan pencerahan dari pihak yang berkaitan supaya masyarakat lebih peka dalam membuat perkongsian info tersebut berdasarkan fakta dan kenyataan yang betul. Tindakan kecil komuniti ini mampu menjamin kesejahteraan dan keharmonian hubungan kemasyarakatan. Terdapat pelbagai platform yang membenarkan dan memudahkan kita untuk buat laman e-dagang kita sendiri tanpa perlu mengupah pereka laman e-dagang. Salah satu platform terbaik untuk buat e-dagang tempatan (Malaysia) adalah dengan menggunakan Easystore. Dalam video ini pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=TrlclduUDNc yang dikongsikan oleh petugas ini telah diterangkan secara ringkas langkah demi langkah untuk membina laman e-dagang pertama anda. Easystore boleh digunakansecara percuma selama 14 hari. Sekiranya ingin menerbitkan laman e-dagang tersebut, bayaran minimum RM32.50 sebulan diperlukan dan ini adalah platform e-dagang termurah yang setakat ini. Dengan Easystore terdapat 5 kelebihan yang peserta perolehi iaitu menjadi bos sendiri, tidak penat untuk membalas mesej dari pelanggan, tiada persaingan harga, lebih sistematik dan automatik serta Lebih professional. Easy store juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin membuat ecommerce dropship.

Gambar disini