Tarikh  : 3 Januari 2022 (Isnin)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta bahawa penggunaan internet dan teknologi tanpa kawalan boleh melakukan pengintipan secara tidak sedar, untuk mendidik peserta dalam memanfaatkan penggunaan teknologi yang berhemah serta meminimumkan perkongsian maklumat di atas talian,serta untuk mendedahkan asas pengenalan dan panduan menggunakan perisian animasi 2D dalam proses melukis kartun menggunakan kaedah tradisional/ lama.

 

Aktiviti :

Perkongsian oleh petugas di pautan https://www.youtube.com/watch?v=eLE1oDA9_7M berlandaskan modul advokasi oleh MCMC. Peserta akan lebih berwaspada dan berhati-hati jika terdapat pengeluar mana-mana produk mengeksploitasi data pelanggan bagi tujuan pengiklanan, penyelidikan atau sebagainya tanpa kebenaran pengguna. Serta memperkenalkan Interface dan Drawing Tools dalam aplikasi Pencil2D iaitu perisian percuma yang sangat sesuai untuk pemula belajar dalam penghasilan projek animasi di pautan https://www.youtube.com/watch?v=ejIi6M59pJs . Peserta lebih mudah memahami cara menggunakan aplikasi Pencil2D berdasarkan penerangan tentang penggunaan tools, timeline frame dan basic animation.

Gambar disini