Tarikh  : 9 Januari 2022 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik peserta dalam memanfaatkan penggunaan teknologi yang berhemah serta meminimumkan perkongsian maklumat di atas talian serta untuk menambah nilai diri peserta dengan pelbagai aspek kemahiran insaniah seperti kemahiran dalam bidang keusahawanan dan berani membawa idea baru yang kreatif serta inovatif bagi tujuan mengkomersilkan perniagaan.

 

Aktiviti :

Memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY iaitu sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Hebahan di pautan https://www.youtube.com/watch?v=x2pkiHPIqLY oleh petugas diharap dapat mencegah penularan berita palsu di kalangan peserta dan permasalahan isu ini dapat ditangani dengan lebih berkesan serta perkongsian daripada petugas di pautan https://www.youtube.com/watch?v=cEKAgSiIepo adalah berkenaan tutorial ringkas dan asas menggunakan Power Point bagi pembuatan interactive games, visual novel, video editing dan sebagainya. Proses mempelajari topik ini sangat menarik minat peserta kerana telah biasa menggunakan Power Point dan dapat membina minda kreatif dalam menghasilkan projek yang menarik.

Gambar disini