Tarikh  : 15 Januari 2022 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk memudahkan pemahaman masyarakat tentang penderaan seksual secara atas talian terhadap kanak-kanak di bawah umur serta mempraktikkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dan meningkatkan kemahiran keibubapaan bagi mencegah gejala buruk ini serta memberi idea kepada peserta untuk menjana pendapatan dengan menjual barangan atau hasil kreatif diri di platform online

 

Aktiviti :

Petugas berkongsi pautan https://www.youtube.com/watch?v=j1EaO0CCxWg yang menerangkan kepada komuniti apa itu online grooming, kesan-kesan jika berlakunya jenayah ini dan cara pencegahan yang boleh dilakukan oleh orang dewasa bagi mengawal fenomena buruk ini. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak secara atas talian terhadap kanak-kanak bawah umur adalah masalah yang membimbangkan dan sering terjadi dalam masyarakat kini yang perlu pengawalan yang lebih tegas. Etsy adalah platform e-dagang yang mengkhususkan pembelian dan penjualan barang seni, bekalan kraf, dan barang-barang vintaj yang sukar dijumpai di kedai biasa dan ia merupakan pilihan terbaik bagi pemilik perniagaan kecil seperti kedai seni dan orang yang mempunyai kemahiran seni untuk mempamerkan barang dan menjual kepada khalayak yang lebih luas tanpa memerlukan laman sesawang sendiri. Pautan  https://www.youtube.com/watch?v=CW4hQ32C1ZQ ini membantu peserta bagi yang ingin memulakan perniagaan dengan membina sendiri kedai Etsy berdasarkan tutorial mudah yang dipaparkan dalam video serta cara-cara menjana pendapatan secara atas talian.

 Gambar disini