Tarikh  : 21 Januari 2022 (Jumaat)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik pengguna agar melindungi maklumat peribadi dan tidak membuat perkongsian secara  keterlaluan di laman digital yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri serta orang di sekeliling serta Untuk membiasakan peserta menerokai dunia digital serta melakukan perkara kebiasaan di kaunter di internet dan merangsang minda usahawan untuk membina tapak web sendiri.

Aktiviti :

Video yang dikongsikan oleh petugas di pautan https://www.youtube.com/watch?v=gGG0JFSLCok  adalah salah satu daripada iklan yang dihasilkan di bawah kempen Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Objektif iklan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab serta Kaedah yang digunakan dalam video https://www.youtube.com/watch?v=xHEMWbJHgVo adalah menggunakan laman sesawang GSC iaitu panduan tentang cara membeli tiket filem untuk menonton wayang di pawagam secara atas talian. Pendedahan ilmu seperti ini memberi pandangan baharu kepada peserta untuk memikirkan cara pelaksanaan jual beli barangan yang mudah tetapi dapat mempraktikkan transaksi kewangan yang selamat dan berkesan. Perniagaan yang dijalankan dapat ditadbir dengan lebih baik kerana menggunakan sistem yang efisien dan sistematik

Gambar disini