Tarikh  : 15 Februari 2022 (Selasa)
Masa    : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

Untuk menyediakan perkhidmatan penggunaan internet yang terbaik dan kemudahan serta keselesaan fasiliti kepada peserta dalam menjalankan ujian atau kelas secara atas talian.

 

Aktiviti :

Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA2C atau CA1C ini, para peserta dikehendaki mengambil ujian yang berbentuk objektif yang merangkumi teori ringkas fiber optik, pemasangan fiber optik, penyambungan fiber optik dan pengujian fiber optik. Ianya juga merangkumi isu-isu keselamatan di tempat kerja. Peserta-peserta telah mengambil inisiatif mengunakan perkhidmatan internet di PEDi Kuala Klawang bagi mengambil ujian kelayakan tersebut. Peperiksaan telah dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meeting dan petugas membantu para peserta untuk menggunakan perisian tersebut serta mencetak sijil.

Gambar disini