Tarikh  : 16 Mac 2022 (Rabu)
 Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik ibu bapa supaya bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak supaya memanfaatkan penggunaan internet sebaik-baiknya serta untuk memberi pengetahuan tentang NFT yang boleh dijadikan sebuah pelaburan yang sangat menguntungkan serta perlu menjadi seorang pelabur yang sangat memerlukan ilmu dan pemahaman mendalam sebelum membeli dan melabur dalam aset digital NFT.

 

Aktiviti :

  • Mendidik anak dengan bijak di pautan https://www.youtube.com/watch?v=qO3ndV_pjjA adalah video perkongsian oleh petugas iaitu untuk membuka minda para ibu bapa supaya celik siber dengan mendidik anak bertindak sewajarnya jika berlaku perkara baik atau negatif terhadap anak-anak. Ibu bapa perlu lebih peka dalam memasang perisian kawalan keselamatan dalam mengawasi aktiviti internet, menyekat laman sesawang atau aplikasi terlarang serta mengurus had masa penggunaan internet anak-anak bagi meningkatkan penggunaan internet secara positif di kalangan anak-anak bawah umur ini serta NFT adalah singkatan kepada Non-Fungible Token di mana NFT ini adalah sangat unik kerana ia bukanlah satu digital currency tetapi ia adalah cryptographic asset dalam blockchain yang mana mempunyai identiti kod dan metadata tersendiri. Video perkongsian di pautan https://www.youtube.com/watch?v=-ATIAl80Za0 adalah penerangan serba ringkas berkenaan Metamask wallet, baki dalam BNB, artwork/ gambar/ video untuk dijadikan NFT, laman web Pentas: app.pentas.io serta Binance/Houbi. NFT boleh digunakan sebagai token untuk menilai aset dalam dunia sebenar seperti karya lukisan dan juga hartanah. Kelebihan NFT adalah ia boleh digunakan sebagai medium digital untuk aset fizikal. Oleh kerana NFT berada dalam jaringan blockchain, ia dapat menghapuskan orang tengah dengan menghubungkan artis dengan audien atau untuk pengurusan identiti sesuatu aset. NFT juga memudahkan transaksi penjualan dan pembelian asset kerana ia dilakukan dalam jaringan blockchain dan juga NFT mencipta pasaran baru untuk semua. NFT adalah suatu evolusi dalam dunia perniagaan secara digital dan membuka peluang untuk membina pendapatan sendiri.

 

Gambar disini