Tarikh : 21 Mac 2022 (Isnin) Masa : 3.00 petang – 5.30 petang Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 10 orang |
Tujuan :
Untuk meluaskan minda dan pemikiran komuniti serta menjadikan jaringan teknologi maklumat pemberi manfaat yang positif dan bermanfaat serta untuk mendedahkan kepada peserta tentang kepelbagaian aplikasi atas talian sedia ada yang memberi manfaat dalam proses pengurusan perniagaan dan penghantaran barangan
Aktiviti :
Penggunaan teknologi di kalangan penduduk Malaysia telah meningkat melebihi kadar 20%. Teknologi maklumat adalah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan atau mencari maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan peralatan atau perkakasan yang sepatutnya. Teknologi dapat meningkatkan produktiviti dan efisiensi aktiviti dan pekerjaan tetap penyalahgunaan teknologi mampu mengundang pelbagai permasalahan siber. Pautan https://www.youtube.com/watch?v=c95aHlh2JcE adalah bual bicara perkongsian untuk peserta dalam memanfaatkan penggunaan teknologi dengan sebaik-baiknya dan mengawal tingkah laku serta berhemah dalam menggunakan internet serta Zenly adalah aplikasi untuk mengesan lokasi pasangan atau ahli keluarga yang berada jauh. Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=B2rfpy0lB_w ini menerangkan cara pemasangan aplikasi di telefon pintar. Mekanisme atau fungsi yang diwujudkan dalam aplikasi Zenly adalah bertujuan untuk menjejaki atau mengesan lokasi anak-anak berada bagi tujuan keselamatan serta mengurangkan risiko penculikan golongan kanak-kanak dan remaja. Dalam konteks perniagaan, aplikasi Zenly boleh memainkan peranan dengan mengesan lokasi penghantar barangan atau produk terus kepada pelanggan serta mengelakkan kejadian pelanggan tidak menerima barangan yang dipesan atau kehilangan duit akibat kecuaian penghantar. Ini dapat mengurangkan risiko peniaga kerugian dan dapat menjamin keselamatan produk perniagaan dan juga penghantar barang.