Tarikh  : 21 April 2022 (Khamis)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar tidak sewenangnya mempercayai sesuatu maklumat serta mendedahkan kepada peserta tentang strategi aplikasi atas talian yang kini menjadi trend zaman kini, yang memberi manfaat dalam proses pengurusan perniagaan

 

Aktiviti :

  • Pautan https://www.youtube.com/watch?v=xs7bdms4v1Q adalah perkongsian dari PIK Kg Binjai Bongkok untuk peserta supaya waspada dan memeriksa terlebih dahulu sesuatu berita sebelum mempercayainya dan membuat sebarang perkongsian. Perkongsian juga menekankan 3 modus operandi jenayah telekomunikasi iaitu penipuan panggilan (Vishing), penipuan SMS (Smishing) dan penipuan kod transaksi pengesahan (TAC) . Peserta didedahkan juga agar menggunakan media sosial secara positif. Media sosial hanya digunakan untuk perkongsian yang bermanfaat, bukannya untuk perkara negatif dan harus sentiasa berikan kata – kata nasihat dan harapan, bukannya cemuhan dan kutukan serta TikTok adalah aplikasi masa kini yang makin melonjak naik dan sering digunakan. Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=CxQdjBR-yNc  ini menerangkan cara membuat promosi . Cara promosi jualan di TikTok sebenarnya tidak jauh berbeza dengan media sosial lainnya seperti Facebook atau Instagram, namun secara teknikal ada perbezaan. Video perkongsian menerangkan tentang strategi hashtag, strategi tren dan konten, kolaborasi influencer,strategi hashtag challenge,strategi komen,strategi posting konten,strategi efek video,strategi caption dan iklan TikTok.

 

Gambar disini