Tarikh  : 11 Mei 2022 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa bahayanya buli siber dan kesan kepada mangsa serta mengajar dan memudahkan semua pihak dalam proses pembelajaran menggunakan komputer atau laptop di kalangan masyarakat

 

Aktiviti :

  • Perkongsian video dan lakonan dari pelajar Universiti Malaya di pautan https://www.youtube.com/watch?v=RNsOcYhKs78 ini menceritakan tentang bagaimana dengan sewenangnya masyarakat berkongsi maklumat orang lain dan terus mendapat kecaman. Mereka sesuka hati merendahkan orang lain dan menyakiti hati kawan yang tak bersalah. Hal ini mungkin nampak remeh, namun tidak bagi mangsa. Mungkin mangsa malu untuk berhadapan dengan orang lain dan paling teruk, boleh melukakan diri sendiri.Justeru itu, semua masyarakat harus lah berhemah dalam menggunakan media sosial. Jangan guna kearah keburukan serta pengenalan asas papan kekunci pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=orPH688r-i8 adalah video tutorial dari PEDi Kg Raja Bukit Kepong yang menerangkan tatacara menggunakan papan kekunci. Mungkin nampak remeh, namun ramai sebenarnya yang masih tidak tahu semua fungsi pada papan kekunci dan bagaimana cara menggunakannya dengan betul. Posisi menaip yang betul dan mana jari yang patut digunakan juga diajar disini. Penggunaan kekunci pintas juga turut diajar. Inilah antara ilmu penting yang dapat membantu pelajar dan juga pekerja yang rata-rata kini semuanya mengunakan komputer.

Gambar disini