Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 6 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberikan pengetahuan tentang dokumen penting yang perlu dibawa jika ingin menghadiri temuduga kerja dan cara untuk menghasilkan resume yang memenuhi kriteria pekerjaan yang ingin dimohon

 

Aktiviti :

  • Resume merupakan dokumen ringkasan bagi segala maklumat diri yang perlu dibawa ketika ingin menghadiri temuduga. Jadi di dalam kelas yang telah diadakan, tenaga pengajar telah berkongsi dan menunjukkan kepada peserta tentang maklumat penting yang perlu ada semasa menulis resume yang baik. Tidak ketinggalan juga, para peserta didedahkan bagaimana cara untuk menulis resume yang bagus dan taktik yang menarik agar panel temuduga tertarik untuk melihat resume tersebut.

 

Gambar disini