Tarikh : 12 Julai 2023 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat mengenai pertanian pintar yang boleh dilakukan pada masa kini bagi membantu memenuhi keperluan bahan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Pertanian pintar ini juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat kerana dengan penghasilan tanaman yang lebih banyak akan membantu masyarakat menjana pendapatan dan dapat menikmati tanaman yang berkualiti dan bebas daripada racun tanaman.

 

Aktiviti :

  • Pertanian pintar merupakan satu langkah terbaru yang makin dilaksana ketika ini. Ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh petani yang masih kekal mengusahakan pertanian secara tradisional. Melalui teknologi ini, masalah bekalan makanan juga dapat diatasi dan pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi dari segi jumlah penghasilan tanaman, kualiti tanaman terjamin dan sebagainya.Apabila menggunakan teknologi pertanian, risiko pencemaran juga dapat dikurangkan kerana sistem penanaman yang terlibat tidak menggunakan racun yang berlebihan.

 

Gambar disini