Tarikh  : 02 Julai 2019 (Selasa)
Masa    : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

i.   Memberi pendedahan kepada peserta mengenai maklumat dan info terkini pemasaran digital.

ii.  Membantu peserta menambahbaik FB page (Media Sosial) dan blog bisnes (SOE) masing-masing.

iii. Membantu peserta mengurus kewangan perniagaan menggunakan excel.

 

Aktiviti:

i.   Program ini melibatkan kerjasama PI Kuala Klawang bersama pihak Universiti Teknologi Malaysia

     (UTM) Kuala Lumpur dalam membantu golongan usahawan sekitar Pusat Internet Kuala Klawang

     mengembangkan perniagaan masing-masing dengan menggunakan medium yang betul.

 ii. Program ini turut mendidik golongan usahawan dalam  mengurus kewangan bisnes menggunakan

     Microsoft Excel.

iii. Peserta turut diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu mengenai jenayah siber yang

    semakin berleluasa.

 

Gambar disini