Tarikh  : 17 September 2019 (Selasa)
Masa    : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

Pendedahan kepada para pelajar mengenai asas perniagaan dunia digital, pengurusan kewangan dan penggunaan My Shop dalam kalangan usahawan. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan mengurus jejak digital.

 

Aktiviti:

Seramai 20 orang peserta telah hadir dari dua kursus yang berbeza iaitu kursus fashion and dressmaking dan kursus teknologi motorsikal. Program dimulakan dengan sesi advokasi SKMM. Peserta mendengar taklimat yang disampaikan oleh petugas berkaitan penipuan online yang sering menjadi bualan iaitu isu mengenai penipuan kewangan dan sebagainya. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil bagi sesi kuiz berkumpulan. Sesi tayangan video advokasi SKMM turut dijalankan.

Seterusnya, kelas pengurusan kewangan dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Excel. Peserta diajar menggunakan setiap tools dan format yang terdapat di dalam Microsoft Excel dan melalui bimbingan modul-modul yang telah disediakan oleh petugas Pusat Internet.

Setelah itu, kelas e-Usahawan dijalankan dimana peserta didedahkan mengenai penggunaan media sosial dalam dunia keusahawanan. Setiap peserta diajar mengenai media sosial yang boleh diguna pakai seperti Facebook page, Instagram business dan Whatsapp business. Peserta turut diajar cara-cara untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan medium-medium berkenaan. Selain itu, peserta turut diajar menghasilkan flyers dan cover page menggunakan aplikasi Canva bagi membantu peserta menghasilkan cover page yang menarik dan  peserta turut diberi pendedahan mengenai google trends dan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam meningkatkan jualan produk dan servis masing-masing.

 

Gambar disini