Tarikh  : 11 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan galak guna aplikasi dashboard komuniti dalam kalangan pelajar sekolah dan menggalakan pengunaan My Shop dalam kalangan komuniti. Kelas ini turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa serta meningkatkan pengetahuan peserta mengenai e-dagang.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi dashboard komuniti disamping tayangan video dan kuiz kahoot. Peserta diajar menggunakan modul My Shop dalam jual beli secara atas talian. Seterusnya, peserta mendengar taklimat Advokasi SKMM dalam memupuk kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul. Seterusnya, peserta didedahkan mengenai laman web e-dagang dan jenis-jenis perniagaan atas talian yang terdapat di Malaysia.

 

Gambar disini