Tarikh  : 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dengan betul dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan alatan telekomunikasi. Seterusnya, memperkenalkan media penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat di pelayan maya (server virtual) yang tersedia.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dan kepentingan memeriksa label pada alatan telekomunikasi sebelum menggunakan/ membeli di pasaran. Sesi kuiz dan soal jawab turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman masing-masing. Peserta turut diperkenalkan dengan laman web Mobile e-Waste. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan cloud storage iaitu media penyimpanan secara dalam talian. Dengan adanya cloud storage, pengguna tidak perlu lagi membawa storan fizikal (hardware). Peserta diperkenalkan dengan beberapa jenis cloud storage dan kaedah menggunakannya. Peserta digalakkan membuat salinan secara berkala di storan lain seperti  hard disk dan external storage dan faham setiap terma dan syarat Cloud Storage yang dipilih dengan betul.

 

Gambar disini