Tarikh  : 18 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa    : 09.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Shooting video dan mengedit video bagi kluster Menarik Di Jelebu disamping membantu menaikkan tempat-tempat menarik di sekitar Jelebu.

 

Aktiviti:

Aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan berkenaan lokasi menarik untuk shooting dan storyboard video. Penghasilan video ini dilakukan bagi tujuan mengkomersialkan tempat-tempat menarik yang terdapat dibawah naungan Daerah Jelebu khususnya di sekitar Pusat Internet beroperasi. Petugas turut mengadakan lawatan ke lokasi shooting dan perjumpaan dengan pemilik kedai. Selain itu, petugas turut melakukan perbincangan mengenai teknik suntingan video yang menarik dan boleh digunakan ke dalam setiap video yang dihasilkan. Video-video yang dihasilkan turut membantu komuniti sekitar khususnya golongan peniaga dan usahawan mengkomersialkan lagi perniagaan masing-masing. Selain itu, petugas turut memanfaatkan google mapping bagi menanda lokasi-lokasi Menarik Di Jelebu dan teknik menghasilkan posting menarik menggunakan Facebook page bagi menaikkan lagi jumlah ‘post reach’ dan pengikut media sosial berkenaan.  Petugas juga mengambil peluang mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dan mengenai Advokasi SKMM kepada usahawan-usahawan berkenaan.

 

Gambar disini