Tarikh  : 05 November 2019 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet serta kepentingan kawal selia kendiri dalam melayari internet. Seterusnya, memberi pendedahan kepada peserta mengenai salah satu alat perhubungan atas talian iaitu emel disamping meningkatkan kemahiran menghasilkan video yang menarik secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak. Sesi tayangan video kesedaran dan kuiz turut dijalankan. Seterusnya, para peserta menggunakan pelayar web bagi membuka akaun emel melalui tunjuk ajar petugas. Peserta diperkenalkan dengan pelbagai jenis domain emel seperti gmail, yahoo, msn dan sebagainya. Peserta turut diajar menggunakan setiap item yang terdapat di dalam emel seperti menghantar emel dan sebagainya. Peserta turut didedahkan dengan suntingan video secara atas talian dalam penghasilan video ringkas yang menarik. Peserta diajar cara memasukkan animasi bergerak dan menggunakan setiap tools yang disediakan.

 

Gambar disini