Tarikh  : 15 November 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar mengenai jenayah siber yang kian berleluasa terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya, menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan tayangan video yang berkaitan. Para peserta turut melayari laman web http://www.klikdenganbijak.my/Utama.aspx bagi mengetahui info-info terkini mengenai KDB. Seterusnya, para peserta melayari laman web e-pembelajaran. Setiap pelajar diberi tempoh masa bagi menyelesaikan setiap kuiz yang disediakan di dalam laman web berkenaan. Aktiviti ini sedikit sebanyak membantu para pelajar membuat latihan ulangkaji subjek Sains dengan kaedah yang lebih menyeronokkan. Setiap pelajar dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan di dalam laman web berkenaan.

 

Gambar disini