Tarikh  : 19 November 2019 (Selasa)
Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan jalinan kerjasama antara Pusat Internet dan agensi-agensi berkaitan dalam membudayakan penggunaan teknologi ICT. Disamping itu, memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan mengawal selia kendiri ketika melayari internet dan jenayah-jenayah siber yang semakin berleluasa.

 

Aktiviti:

Pusat Internet telah bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa (PKD) Gagu serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu bagi menjayakan latihan ICT dan keusahawanan bagi staf-staf JKR Daerah Jelebu. Program ini memfokuskan tentang penggunaan Microsoft Office Word dalam urusan kerja-kerja seharian iaitu penggunaan tools yang betul dan shortcut keys yang betul. Peserta yang terlibat diberi sesi pengkhususan bersama staf bagi membuat kemasukan data ke dalam Sistem HRMIS 2.0. Bengkel ini diadakan bagi membantu peserta yang kurang mahir membuat kemasukan data ke dalam sistem berkenaan. Petugas juga mengambil kesempatan untuk menerangkan mengenai isu scammer atau penipuan kewangan dibawah inisiatif Advokasi SKMM.

 

Gambar disini