Tarikh  : 20 November 2019 (Rabu)
Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan jalinan kerjasama antara Pusat Internet dan agensi-agensi berkaitan dalam membudayakan penggunaan teknologi ICT. Disamping itu, meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan dalam diri para peserta. Petugas juga memperkenalkan sistem Dashboard Komuniti dan Advokasi SKMM kepada setiap peserta.

 

Aktiviti:

Pusat Internet telah bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa (PKD) Gagu serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu bagi menjayakan latihan ICT dan keusahawanan bagi staf-staf JKR Daerah Jelebu bagi sesi yang kedua. Program ini memfokuskan tentang penggunaan Microsoft Office Word dalam urusan kerja-kerja seharian iaitu penggunaan tools yang betul dan shortcut keys yang betul. Peserta yang terlibat diberi sesi pengkhususan bersama staf bagi membuat kemasukan data ke dalam Sistem HRMIS 2.0. Program ini diadakan bagi membantu peserta yang kurang mahir membuat kemasukan data ke dalam sistem berkenaan. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem dashboard komuniti melalui aplikasi My Shop. Petugas juga telah menghebahkan program advokasi SKMM dibawah inisiatif jenis-jenis jenayah siber yang berleluasa pada masa kini. 

 

Gambar disini