Tarikh  : 06 Disember 2019 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dengan betul dan kepentingan memastikan peralatan komunikasi yang di beli mempunyai label SKMM melalui laman web yang disediakan. Disamping itu, meningkatkan galak guna aplikasi Dashboard Komuniti terutama sekali modul My Komuniti dan seterusnya menerapkan ilmu keusahawanan melalui talian internet dalam kalangan pelajar.

 

Aktiviti:

Para peserta diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu Mobile E-Waste dan Check Your Label. Sesi tayangan video dijalankan bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam diri peserta. Seterusnya, latihan keusahawaan dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai penghasilan pelbagai jenis sandwich dengan menggunakan barangan sedia ada di rumah. Program ini turut membantu peserta menjana idea perniagaan melalui saluran Youtube dan internet. Program ini membantu peserta menambah kemahiran pembuatan sandwich serta petugas turut menerangkan jenis-jenis bungkusan sandwich yang terdapat dalam pasaran.

 

Gambar disini