Tarikh  : 21 Disember 2019 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupusakan alatan komunikasi yang telah rosak dengan kaedah.yang betul. Seterusnya, meningkatkan penguasaan lebih dari dua bahasa dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dan kepentingan memeriksa label pada alatan telekomunikasi sebelum menggunakan/ membeli di pasaran. Sesi kuiz dan soal jawab turut dijalankan. Para peserta diberi pendedahan mengenai laman web Duolingo dimana peserta dilatih menggunakan bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.Petugas membimbing peserta untuk mendaftar Duolingo dan mula belajar asas bahasa mengikut pilihan peserta menggunakan kaedah yang menyeronokkan di laman web berkenaan.

 

Gambar disini