Tarikh  : 27 Disember 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan galak guna aplikasi dashboard komuniti dalam kalangan peserta. Kelas ini turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa serta membantu peserta mengisi musim cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi dashboard komuniti disamping tayangan video dan kuiz kahoot. Peserta diajar menggunakan setiap modul yang disediakan. Peserta turut mendengar taklimat Advokasi SKMM dalam memupuk kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul. Seterusnya, peserta membuka laman web proprofs bagi membuat latih tubi yang disediakan mengikut peringkat umur masing-masing.

 

Gambar disini