Tarikh  : 10 Januari 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna mengenai keselamatan alatan telekomunikasi serta menarik ahli untuk belajar di Pusat Internet dengan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas-asas mengambil gambar produk dan kegunaan Facebook Page dalam keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi penerangan mengenai Advokasi SKMM iaitu Check Your Label dan Mobile E-Waste.  Sesi tayangan video dan kuiz berkaitan perkara ini telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman setiap peserta. Petugas turut mempromosikan kemudahan kotak Mobile E-Waste dan laman web Mobile E-Waste kepada peserta dan menggalakkan mereka terlibat dalam melupuskan alatan telekomunikasi yang telah rosak dengan kaedah yang betul. Seterusnya, peserta dilatih menggunakan FB page dan petugas turut memperkenalkan mengenai FB page kluster Jelebu. Mereka diajar untuk membuat sesi fotografi bersama produk masing-masing. Peserta dilatih mengambil gambar produk dengan kaedah yang menarik.

 

Gambar disini