Tarikh : 19 Januari 2020 (Ahad) Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan Peserta: 10 orang |
Tujuan:
Meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai kepentingan mengenal pasti kesahihan sesuatu cerita yang tersebar atau akan disebarkan. Seterusnya, memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah.
Aktiviti:
Peserta mendengar taklimat mengenai laman web Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu cerita. Seterusnya, para peserta diajar cara-cara untuk memuat turun aplikasi Sebenarnya.my di telefon pintar masing-masing. Peserta diberi pendedahan mengenai bahan bacaan atas talian iaitu Wattpad. Peserta dilatih bagi membuka akaun Wattpad. Sebelum itu, para peserta dilatih membuka akaun email bagi memudahkan proses mendaftar masuk akaun Wattpad. Peserta turut berpeluang mengembangkan bakat menulis cerita pendek melalui laman web berkenaan disamping membaca bahan yang disediakan. Peserta turut dibimbing memuat turun aplikasi Wattpad di telefon pintar bagi memudahkan peserta untuk mengakses pada bila-bila masa sahaja.