Tarikh  : 18 Januari 2020 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber, berita palsu, penipuan kewangan dan terlebih kongsi maklumat (oversharing). Seterusnya, meningkatkan penggunaan dashboard komuniti dalam kalangan peserta disamping  menggalakan generasi muda terlibat dengan dunia keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai ancaman siber yang kerap terjadi. Peserta mendengar taklimat mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak. Sesi tayangan video kesedaran dan kuiz turut dijalankan. Seterusnya, peserta dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Peserta membuat hebahan menggunakan My Komuniti serta menggunakan My Shop bagi pemasaran produk dan sebagainya. Latihan keusahawaan dijalankan bagi memberi pendedahan kepada golongan belia dan generasi muda mengenai makanan sejuk beku yang semakin mendapat permintaan iaitu corndog. Program ini turut membantu peserta menjana idea perniagaan melalui saluran Youtube dan internet. Program ini membantu peserta menambah kemahiran menghasilkan makanan sejuk beku yang menarik.

 

Gambar disini