Tarikh  : 04 Februari 2020 (Selasa)
Masa    : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

Memberi kesedaran dalam kalangan belia mengenai jenayah sexting dan penyatunan dalam talian yang kerap terjadi serta ancaman pedofilia. Seterusnya, meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Powerpoint. Peserta turut dilatih melalui Modul Latihan e-Rezeki dan Dashboard Komuniti bagi menggalakan mereka terlibat dengan perniagaan secara atas talian dan membantu peserta menjana pendapatan tambahan melalui Program e-Rezeki yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

 

Aktiviti:

Sesi pengenalan Pusat Internet (PI) dijalankan terlebih dahulu bagi memperkenalkan kepada para peserta terutama sekali bagi ahli baru PI mengenai fungsi-fungsi PI Kuala Klawang. Seterusnya, Peserta diberi pendedahan mengenai jenayah siber iaitu Online Grooming dan Sexting yang kerap terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia. Isu seperti pedofilia turut dikaitkan agar peserta lebih berhati-hati pada masa akan datang. Peserta turut dilatih menggunakan Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan slide persembahan yang lebih menarik. Peserta dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan seperti memasukkan elemen animations, transitions, imej, video dan audio. Peserta turut dilatih mengedit latar belakang imej iaitu ‘transparent background’ menggunakkan powerpoint.

Para peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Peserta dilatih menggunakan setiap modul yang disediakan dan kaedah meningkatkan hasil jualan produk serta perkhidmatan menggunakan My Shop. Setelah itu, sesi pengenalan e-Rezeki dijalankan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai untuk bekerja. e-Rezeki membuka saluran alternatif kepada peserta untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online. Sesi pengenalan platform menjana pendapatan secara online turut dijalankan bagi menggalakkan peserta terlibat dalam program yang di terajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

 

Gambar disini