Tarikh  : 04 Februari 2020 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 6.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

Memberi kesedaran dalam kalangan belia mengenai kepentingan penyebaran berita yang sahih serta sindrom oversharing yang kerap terjadi. Seterusnya, meningkatkan kemahiran menghasilkan video-video pendek yang boleh digunakan sebagai medium pemasaran produk atau perkhidmatan dan sebagainya.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan jenayah siber iaitu berita palsu dan terlebih kongsi maklumat yang kerap terjadi dalam kalangan pengguna media sosial. Pengenalan portal Sebenarnya.my serta memuat turun aplikasi Sebenarnya.my di telefon pintar diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para peserta menjadi pengguna yang lebih bijak serta bertanggungjawab agar memeriksa dahulu kesahihan sesuatu berita yang tersebar.

Setelah itu, latihan mengedit video dijalankan. Peserta diberi penerangan mengenai kaedah-kaedah mengambil video yang menarik melalui contoh video Menarik Di Jelebu yang dihasilkan oleh ‘team’ Pusat Internet Kluster Jelebu. Peserta dilatih menggunakan aplikasi Filmora bagi menghasilkan video yang menarik. Peserta dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan agar video yang dihasilkan lebih menarik. Selepas itu, sesi praktikal dijalankan iaitu setiap peserta perlu menghasilkan video berdurasi 1 minit mengikut latihan yang telah diberikan oleh petugas.

 

Gambar disini