Tarikh  : 05 Februari 2020 (Rabu)
Masa    : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Memberi kesedaran dalam kalangan pelajar kursus Teknologi Motosikal mengenai jenayah siber iaitu penipuan kewangan yang melibatkan kerugian wang ringgit. Peserta turut dilatih melalui Modul Latihan E-Rezeki dan Dashboard Komuniti bagi menggalakan mereka terlibat dengan perniagaan secara atas talian dan membantu peserta menjana pendapatan tambahan melalui Program e-Rezeki yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menghasilkan slide persembahan yang menarik.

 

Aktiviti:

Bagi sesi ini peserta merupakan pelajar-pelajar daripada kursus Teknologi Motorsikal, Giat Mara Jelebu. Sesi pengenalan Pusat Internet (PI) dijalankan terlebih dahulu bagi memperkenalkan fungsi-fungsi PI kepada ahli baru PI Kuala Klawang. Peserta diberi pendedahan mengenai isu jenayah siber yang kerap dilaporkan iaitu penipuan kewangan (scammer). Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil bagi sesi kuiz berkumpulan. Sesi tayangan video advokasi SKMM turut dijalankan.

Seterusnya, peserta dilatih menggunakan Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan slide persembahan yang menarik. Peserta dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan seperti memasukkan elemen animasi, transitions, imej, video dan audio. Peserta turut dilatih mengedit latar belakang imej iaitu ‘transparent background’ menggunakkan powerpoint.

Setelah itu, sesi pengenalan modul e-Rezeki dijalankan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dan golongan belia iaitu membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan secara digital. Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai untuk bekerja. e-Rezeki membuka saluran alternatif kepada peserta untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online yang terdiri daripada tugasan digital mikro, kerja digital, dan kerja bukan digital. Sesi pengenalan platform menjana pendapatan digital turut dijalankan bagi menggalakkan peserta terlibat dalam program yang di terajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) ini.

 

Gambar disini