Tarikh  : 05 Februari 2020 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 6.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Pendedahan kepada para pelajar mengenai asas perniagaan dunia digital dan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti serta penggunaan My Shop dalam mengembangkan perniagaan.

 

Aktiviti:

Para peserta dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Peserta diajar menggunakan setiap modul yang disediakan. Peserta menggunakan My Shop bagi memuat naik produk-produk yang dijual dengan bantuan petugas. Peserta turut menggunakan modul My Komuniti bagi membuat hebahan berkaitan program yang dijalankan di Giat Mara. Seterusnya, kelas e-Usahawan dijalankan dimana peserta didedahkan mengenai penggunaan media sosial dalam dunia keusahawanan. Setiap peserta di ajar mengenai media sosial yang boleh diguna pakai seperti Facebook page, Instagram business dan Whatsapp business. Peserta turut diajar cara-cara untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan medium-medium berkenaan. Selain itu peserta turut diajar menghasilkan flyers dan cover page menggunakan aplikasi Canva bagi membantu peserta menghasilkan cover page yang menarik dan peserta turut diberi pendedahan mengenai google trends dalam meningkatkan jualan produk dan servis masing-masing.

 

Gambar disini