Tarikh  : 06 Februari 2020 (Khamis)
Masa    : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai risiko dalam talian seperti ancaman scammer dan kepentingan mengawal selia kendiri sewaktu melayari internet. Peserta turut dilatih melalui Modul Latihan e-Rezeki bagi membantu peserta menjana pendapatan tambahan melalui Program e-Rezeki yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menghasilkan slide persembahan yang menarik.

 

Aktiviti:

Bagi sesi ini melibatkan para pelatih kursus Pendawaian Elektrik, Giat Mara Jelebu. Sesi pengenalan mengenai Pusat Internet (PI) turut dijalankan kerana kebanyakan dari peserta merupakan ahli baru PI Kuala Klawang. Taklimat Advokasi SKMM dijalankan berkaitan penipuan online yang sering menjadi bualan iaitu isu mengenai penipuan kewangan dan serta kepentingan mengawal selia kendiri sewaktu melayari internet. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan bagi sesi kuiz berkumpulan. Sesi tayangan video advokasi SKMM turut dijalankan.

Seterusnya, kelas literasi komputer dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Powerpoint. Peserta dilatih menggunakan setiap tools dan format yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint serta melalui bimbingan modul yang telah disediakan oleh petugas pusat internet. Ini bertujuan meningkatkan kecekapan peserta dalam menghasilkan slide persembahan yang menarik.

Setelah itu, latihan asas pekerja dijalankan iaitu program e-Rezeki yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan secara digital. Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai untuk bekerja. e-Rezeki membuka saluran alternatif kepada peserta untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online yang terdiri daripada tugasan digital mikro, kerja digital, dan kerja bukan digital. Sesi pengenalan platform menjana pendapatan digital turut dijalankan bagi menggalakkan peserta terlibat dalam program yang di terajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) ini.

 

Gambar disini