Tarikh : 14 Februari 2020 (Jumaat) Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan Peserta: 10 orang |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupus alatan telekomunikasi yang telah rosak. Seterusnya, meningkatkan kreativiti para peserta melalui aktiviti ini.
Aktiviti:
Program ini dijalankan bagi memberi pendekatan secara umum kepada pelajar sekolah rendah yang kerap kali datang ke pusat internet mengenai Advokasi SKMM iaitu penerangan mengenai Mobile e-Waste dan kepentingan memeriksa label alatan komunikasi yang dibeli. Seterusnya, peserta dilatih menggunakan pelayar web iaitu peserta di latih memuat turun gambar/ dokumen dan kemudian mencetak gambar berkenaan untuk digunakan dalam aktiviti collage ini. Peserta perlu menyediakan collage mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan alatan yang disedikan oleh petugas.