Tarikh  : 07 Julai 2020 (Selasa)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan komuniti disamping mendedahkan kepada komuniti mengenai jenayah berita palsu yang semakin berleluasa terutama sekali mengenai isu Covid-19.

 

Aktiviti:

Peserta dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti melalui medium My Shop dan My Komuniti. Peserta berpeluang memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di dalam aplikasi berkenaan. Peserta dilatih menggunakan telefon pintar serta komputer. Peserta juga didedahkan mengenai isu berita palsu yang sering tular sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Peserta menggunakan Portal Sebenarnya.my serta Facebook Page SKMM sebagai rujukan utama bagi mengenal pasti kesahihan sesuatu isu yang tular. Latihan asas teknologi maklumat dijalankan dengan pengenalan kepada internet dan emel. Peserta dilatih menggunakan google meeting yang boleh dimanfaatkan dalam urusan harian atau perniagaan masing-masing.

 

Gambar disini