Tarikh  : 10 Julai 2020 (Jumaat)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 7 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan rasa tanggungjawab prihatin terhadap pengguna yang lain. Memperkenalkan aplikasi My Sejahtera yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara. Membantu golongan belia memanfaatkan laman web carian kerja yang disediakan oleh kerajaan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai 5 komponen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak melalui laman web Klik Dengan Bijak. Seterusnya, peserta dilatih memuat turun aplikasi My Sejahtera bagi menilai tahap kesihatan terhadap risiko Covid-19 seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia. Petugas memberi idea kepada para peserta untuk mengulangkaji sebelum peperiksaan bermula dengan mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan peperiksaan yang bakal diambil. Peserta dilatih untuk mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan secara atas talian.

 

Gambar disini