Tarikh  : 16 Ogos 2020 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran mengedit video dalam kalangan peserta serta membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna internet.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu para peserta yang menyertai Pertandingan Video Kraftangan Merdeka mengedit video kraftangan dengan menggunakan video editor melalui tunjuk ajar petugas. Peserta dilatih menghasilkan video dengan menggunakan tools yang disediakan agar video yang dihasilkan kelihatan lebih menarik. Petugas turut menyampaikan Advokasi SKMM di bawah tajuk Klik Dengan Bijak dengan memberi penekanan isu buli siber serta penyebaran berita palsu yang kian berleluasa dalam kalangan pengguna internet.

 

Gambar disini