Tarikh  : 22 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Melahirkan pengguna yang bijak internet, mewujudkan rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap pengguna yang lain, meningkatkan galak guna aplikasi Dashboard Komuniti serta membantu peserta menghasilkan poster yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.

 

Aktiviti:

Peserta untuk sesi ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah berumur antara 7 hingga 12 tahun. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan poster yang menarik dan mengikut kreativiti masing-masing melalui tunjuk ajar petugas. Poster yang dihasilkan bertemakan ‘Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital’. Petugas turut menerangkan mengenai advokasi SKMM iaitu isu buli siber yang kerap terjadi dalam kalangan pelajar sekolah. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dengan menggunakan modul-modul yang terdapat dalam aplikasi berkenaan.

 

Gambar disini