Tarikh  : 23 Ogos 2020 (Ahad)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet, meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti serta membantu meningkatkan kemahiran multimedia dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

 

Aktiviti:

Peserta untuk sesi ini adalah dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun. Bengkel editing poster ini dianjurkan bertujuan membantu peserta menghasilkan poster yang menarik dan sesuai untuk dipertandingkan dalam pertandingan poster anjuran Pusat Internet. Peserta diberi pendedahan mengenai tools yang digunakan dalam menghasilkan poster berkenaan. Petugas turut mengambil peluang dengan menyampaikan advokasi SKMM iaitu mengenai kempen berita palsu serta memperkenalkan lagi mengenai portal Sebenarnya.my. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dengan menggunakan modul-modul yang terdapat dalam aplikasi berkenaan.

 

Gambar disini