Tarikh  : 05 September 2020 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 4 orang

 

Tujuan:

  • Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna serta meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan Mikro melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu usahawan sekitar Pusat Internet mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan dengan memanfaatkan peruntukan khas keusahawanan. Peruntukan khas ini bagi membantu usahawan berskala Mikro meningkatkan perniagaan sedia ada ke satu aras yang lebih baik serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Peserta perlu menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi mengisi maklumat yang diperlukan. Petugas turut mengambil peluang menyampaikan advokasi SKMM dibawah tajuk Klik Dengan Bijak bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet. Peserta turut diperkenalkan mengenai Dashboard Komuniti (My Shop) bagi mengembangkan lagi pernigaan masing-masing.

 

Gambar disini