Tarikh  : 11 September 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet melalui program advokasi SKMM dan mempromosikan Facebook Page kluster Jelebu. Seterusnya, meningkatkan kemahiran peserta dalam memanfaatkan Facebook sebagai medium keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai laman web Sebenarnya.my dan oversharing syndrome yang semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda. Selain itu, petugas turut memperkenalkan Facebook page Kluster Jelebu untuk dijadikan sebagai rujukan dalam pembukaan Facebook page masing-masing. Para peserta dilatih mengenai reka cipta page melalui Facebook dan juga aplikasi suntingan imej menggunakan canva editing.

 

Gambar disini