Tarikh  : 10 Oktober 2020 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menarik minat peserta untuk belajar di Pusat Internet dengan menggunakan laman web e-pembelajaran yang disediakan secara atas talian disamping memberi pendedahan kepada para peserta agar sentiasa bertanggungjawab terhadap apa jua maklumat yang disebarkan.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan peserta dalam subjek Bahasa Melayu disamping mengisi waktu cuti sekolah dengan aktiviti ulang kaji di PI Kuala Klawang. Peserta perlu menjawab kesemua soalan yang telah disediakan oleh petugas dalam tempoh masa yang ditetapkan. Peserta turut mendengar taklimat mengenai modul Klik Dengan Bijak. Para peserta diberi pendedahan mengenai jenayah siber yang berlaku tanpa mereka sedar seperti penyebaran berita palsu, buli siber dan sebagainya. Peserta juga perlu menjawab soalan kuiz yang telah disediakanoleh petugas berkaitan dengan advokasi SKMM.

 

Gambar disini