Tarikh  : 17 Oktober 2020 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai keburukan menyalahgunakan internet serta isu berkaitan pengantunan dalam talian. Seterusya, mengalakan pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti e-pembelajaran di Pusat Internet.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu pelajar tingkatan 5 menyediakan satu kertas kerja perniagaan dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet. Peserta dilatih menggunakan Microsoft Words dan Excel bagi menyediakan kertas kerja berkenaan. Para peserta turut dilatih menggunakan aplikasi atas talian iaitu Canva bagi menghasilkan poster/iklan produk yang menarik. Peserta turut membuka aplikasi Dashboard Komuniti bagi melihat produk-produk jualan yang dijual oleh usahawan secara atas talian. Petugas turut mengambil inisiatif menyampaikan advokasi SKMM dibawah tajuk pengantunan dalam talian. Tajuk ini dipilih bertujuan memberi kesedaran kepada peserta agar lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat diri dan sebagainya di akaun media sosial masing-masing.

 

Gambar disini