Tarikh  : 22 Oktober 2020 (Khamis)
Masa    : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 26 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan jalinan kerjasama antara Pusat Internet dan agensi-agensi berkaitan dalam membudayakan penggunaan teknologi ICT. Disamping itu, meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan peserta. Petugas juga memperkenalkan sistem Dashboard Komuniti dan Advokasi SKMM kepada setiap peserta.

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu kakitangan kerajaan mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem HRMIS. Seramai 26 orang peserta telah terlibat dalam latihan ini. Peserta dibahagikan kepada 3 sesi bagi mematuhi SOP penjarakan sosial selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Peserta turut diperkenalkan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti. Petugas turut menyampaikan advokasi SKMM melalui bahan cetakan dan juga tayangan video kesedaran di bawah tajuk berita palsu. Para peserta turut diperkenalkan mengenai portal Sebenarnya.my bagi menyemak kesahihan sesuatu cerita yang tersebar.

 

Gambar disini