Tarikh  : 06 November 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam kalangan komuniti disamping memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Seterusnya, meningkatkan kemahiran mengedit video dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bersama pelajar sekolah menengah bagi menggalakkan generasi muda terlibat dalam bidang multimedia. Peserta dilatih menghasilkan video menarik beserta latihan mengedit lagu atau vocal bagi sesuatu video yang dihasilkan. Petugas turut membantu peserta melayari aplikasi Dashboard Komuniti dan melakukan hebahan di My Komuniti. Peserta juga diberi penerangan mengenai Advokasi SKMM di bawah tajuk Klik Dengan Bijak. Peserta diperkenalkan dengan laman web KDB serta menonton video kesedaran.

 

Gambar disini