Tarikh  : 07 November 2020 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Membantu komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang mengisi Banci 2020 secara atas talian disamping meningkatkan kesedaran komuniti mengenai ancaman siber yang kerap terjadi iaitu penipuan kewangan (scam).

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu komuniti sekitar PIK Kuala Klawang melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang ke-6 pada tahun 2020. Banci Fasa Kedua secara bersemuka yang dirancang akan diadakan pada 7 hingga 24 Oktober 2020 terpaksa dijadualkan semula kepada 20 Januari 2021 hingga 6 Februari 2021 berikutan peningkatan semula kes Covid-19. Pelaksanaan banci atas talian telah diteruskan sehingga 21 Disember 2020. Justeru, PIK Kuala Klawang telah mengambil inisiatif melaksanakan program ini dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Petugas turut menjalankan sesi taklimat ringkas mengenai advokasi SKMM dibawah tajuk penipuan kewangan.

 

Gambar disini