Tarikh : 15 September 2023 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 2 orang |
Tujuan :
Untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah lebih fokus untuk mempelajari STEM yang mengintegrasikan keempat-empat disiplin ilmu menjadi satu subjek yang lebih sesuai dan relevan untuk diajar di sekolah kerana STEM menekankan elemen praktikaliti dan realiti.
Aktiviti :
- Pautan yang dikongsikan https://youtu.be/CzH9jSd2EAY?si=gXBKuPNd5CpZvsHH telah menunjukkan tutorial penuh untuk menghasilkan ciptaan tangan robotik.
Tarikh : 12 September 2023 (Selasa) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 3 orang |
Tujuan :
Untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat terutama yang mencari pekerjaan atau yang akan menghadiri sesebuah temuduga tentang bagaimana penulisan resume yang betul dan menarik.
Aktiviti :
- Melalui kelas yang diadakan peserta telah didedahkan dengan ilmu penulisan resume secara terperinci bagi menghasilkan sebuah resume yang lengkap dengan maklumat calon yang akan menghadiri sesebuah temuduga.
Tarikh : 9 September 2023 (Sabtu) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 15 orang |
Tujuan :
Untuk memberikan maklumat kesedaran kepada masyarakat luar mengenai cara bagi mendapatkan info semasa yang betul dan tepat dengan melakukan semakan di laman sesawang sebenarNya.my serta untuk berkongsi kepada masyarakat bagaimana cara untuk membina link google meet bagi memudahkan urusan kerja mahupun kelas-kelas pelajar sekolah yang dilakukan secara atas talian.
Aktiviti :
- Kita perlu melakukan semakan sebelum menyebarkan sesuatu info yang diterima di media sosial sebelum menyebarkan kepada orang lain.Melalui pautan video https://youtu.be/x2pkiHPIqLY?si=L2_B2eH5KVuiGSOv masyarakat dapat mengetahui cara mendapatkan kesahihan sesuatu perkara serta pautan yang dikongsikan https://youtu.be/2_iaipOcehQ?si=kmYmkz_BQ4AbLYjI
menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi membina link google meet.
Tarikh : 11 September 2023 (Isnin) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 1 orang |
Tujuan :
Untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat terutamanya di kalangan individu yang berniaga iaitu belajar membuat poster produk perniagaan menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti :
- Menerusi pautan video https://youtu.be/opWQOPYro70?si=qwQooGmWnJ7zAYzO telah dikongsikan tutorial lengkap cara memulakan design poster di Canva.
Tarikh : 8 September 2023 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 2 orang |
Tujuan :
Untuk menarik minat pelajar sekolah rendah melakukan aktiviti STEM yang mampu memberansang minat mereka dalam pelajaran.
Aktiviti :
- Melalui pautan https://youtu.be/rTlISgQgUgg?si=kZyPpU6KHQqiAS8t peserta dapat belajar cara untuk membina roket kertas.