" Kota Lukut taman warisan,
Tempat bersemadi pahlawan terbilang,
Program usahawan muda pemangkin wawasan,
Majulah bangsa usahawan terbilang "

 

SUMBER : https://www.facebook.com/Isagoji2u-490365897685681/home

 

BANTUAN PINJAMAN PENIAGA-PENIAGA KECIL SEMPENA BULAN RAMADHAN 1437H

19 Mei 2016 (Khamis) jam 2.30 petang bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Klawang.: Ahli Majlis Perunding Peniaga Negeri Sembilan, Encik Hanif bin Hussin @ Hashim hadir bertemu YB Dato' Haji Yunus bin Rahmat dan Ahli Persatuan Peniaga-peniaga Kecil. Ahli Persatuan Peniaga-peniaga Kecil ini diberi bantuan pinjaman oleh Bank Rakyat sebanyak RM 3000 tanpa faedah untuk berniaga di bulan Ramadhan 1437H.

  

  

SUMBER : FACEBOOK PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KLAWANG

LEJEN COFFEE

 SEBARANG TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI :

  HAFIRA MAURIS

  016-2132141

SUMBERhttps://www.facebook.com/hafira.mauris?ref=ts&fref=ts

AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI KG TERIANG

Penduduk Kampung Teriang juga terlibat di bidang keusahawanan di mana mereka telah membuka perniagaan seperti kedai makan, kedai runcit, bengkel motor/kereta dan juga bengkel kimpalan.

Sebahagian kedai makan yang terdapat di Kampung Teriang adalah terdiri daripada pemilik Melayu dan Cina, begitu juga dengan kedai runcit. Para penduduk tidak mengalami kesukaran untuk mendapatkan barang-barang keperluan rumah kerana pelbagai barangan jual di kedai-kedai runcit berhampiran. Bagi keperluan bahan-bahan mentah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran, penduduk juga mendapat bekalan jualan daripada peniaga persendirian yang akan menjaja dari rumah ke rumah dan boleh juga didapati di kedai-kedai runcit tersebut.

Sesetengah penduduk Kampung Teriang memiliki dusun buah-buahan mereka sendiri. Hasil daripada dusun tersebut akan dijual secara terus kepada pemborong dan membuka gerai kecil-kecilan di kawasan kampung.

SUMBER : PENGERUSI JKKK KG TERIANG

 

Menu di warung Leman Cendol Titi

Kepada sesiapa yang ingin menikamati juadah kami terutama CENDOL silalah berkunjung ke warung kami. Juadah kami adalah seperti berikut:

MEE GORENG MAMAK

LAKSA ASAM

ROJAK

MEE REBUS

KUIH CUCUR UDANG RANGUP

TAHU LEMBUT

NASI LEMAK DAUN DIBUNGKUS DAUN PISANG

CENDOL PULUT

CENDOL KACANG

CENDOL JAGUNG  BERBAGAI-BAGAI CENDOL YANG ADA

AIR BATU CAMPUR

ABC COKLAT 

Jika ingin tahu sila berkunjung ke warung kami LEMAN CENDOL TITI atau boleh hubungi kami ditalian : 012-3803092 / 06-6113476

SUMBER : https://www.facebook.com/Leman-Cendol-Titi-259950924026906/

KEMAHIRAN SENI UKIRAN

YD Woodcraft Sdn. Bhd. merupakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di Kampung Durian Gasing berhampiran dengan Kampung Kuala Klawang. YD Woodcraft diusahakan oleh Hasim Saad yang sememangnya mempunyai kemahiran dalam bidang ukiran.

Beliau dahulunya adalah salah seorang tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Skudai. Kemudian beliau berhijrah ke luar negara sebelum pulang ke Kampung  Durian Gasing dan memulakan perusahaan YD Woodcraft. Kemahiran beliau telah menarik hati Yang Berhormat Datuk Seri Utama  Dr. Rais Yatim yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Lantaran minat yang mendalam di dalam bidang seni ukir, beliau menerima pelawaan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang ingin membantu beliau mendapatkan bantuan peralatan. Penggunaan peralatan moden dan kemahiran yang dimiliki membuatkan beliau tidak pernah “kering” dengan tempahan. Malahan Datuk Rais Yatim sendiri merupakan pelanggan tetap beliau.

Menurut Hasim, pelbagai motif sering digunakan di dalam bidang seni ukir di Malaysia. Antaranya ialah Bunga Ketam Guri, Bunga Kerak Nasi dan banyak lagi. Bunga Tanjung pula merupakan bunga tradisi bagi seni ukir Negeri Sembilan. Selain daripada rumah Datuk Rais Yatim yang menggunakan ukiran kayu hasil daripada kesenian tangan yang dimiliki beliau, Masjid Negeri Sembilan, Masjid Kampung Gagu dan Masjid Kampung Gelang juga menggunakan perkhidmatan beliau. Malah ukiran di Dewan Budaya Simpang Pertang juga adalah hasil tangan beliau. Antara tempahan yang boleh dibuat ialah ukiran pintu, ukiran jam dinding, cermin, rehal, perhiasan, podium dan banyak lagi.

WARONG MAK MOK

Pengusaha : Hjh Adismar binti Abdullah

Lokasi: Kg. Gagu

Waktu operasi :12 t/hari - 9.00 malam

Menu  : Makan tengahari

             : Kuih dan roti canai (petang)